Tuesday, 28 May 2013

✣ Pembentangan Power Point Minggu Kedua ✣


Pembentangan minggu yang kedua ini berjalan dengan lancar dan kami pun ikut pusingan yang disusun oleh lecturer kami. Yeah yeah..well done~akhirnya kumpulan saya pun sempat membuat pembentangan minggu ini. Hehe..saya boleh relax lepas ini.

Okay. Tajuk kumpulan-kumpulan pada minggu kedua ini ialah Ilmu Pertolongan Cemas, Nostalgia Zaman Kanak-kanak, Gubahan, Parodi, Aplikasi Smart Phone, Coklat dan Pakaian Tradisional.

Dalam tajuk-tajuk semua ini, saya dapat mempelajari cara untuk buat CPR dan menyelamatkan mangsa tercekik dan juga cara mencuci tangan dari video yang mereka telah hasilkan. Tajuk ini amat penting untuk kami belajar supaya kami boleh handle semasa berlaku kecemasan. Bagi tajuk Nostalgia Zaman Kanak-kanak, pembentangan mereka telah mengingatkan saya semasa kecil pemainan yang saya selalu main dengan kakak saya dan jiran-jiran saya. Arhhh—sangat sangat rindu masa saya kecil, main dengan kurang tekanan langsung. Tapi, cuba fikirkan kanak-kanak sakarang, mereka mempunyai Nostalgia pada masa depan??......

Seterusnya, tajuk  Pakaian Tradisional. Mereka membentangkan tentang pakaian tradisional kaum Melayu, Cina dan India. Saya suka cara ambil video mereka. Kreatif  dan kurang bosan. ^^ Tajuk kumpulan saya telah membentangkan adalah tentang parodi. Parodi yang sangat popular sekarang amat disukai oleh remaja-remaja. Oleh itu, kami menyampaikan kebaikan dan keburukan parodi. Selain daripada untuk tujuan untuk keseronokan ia juga akan menjatuhkan maruah seseorang jika parodi itu disalah guna. Dalam bahagian video, saya memang malu sikit tapi sudah try best dengan kali pertama ambil video parodi dengan lagu melayu. Saya suka lagu “Sayang” best juga. Haha!!  

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan taniah kepada kawan-kawan saya yang telah menyiapkan pembentangan dengan prestasi yang baik. Good luck to you all and all the best for final exams. ^^ 


✣ Pembentangan Power Point Minggu Pertama ✣


Pembentangan yang kami tunggu lama ni akhirnya sampai lah minggu untuk bentang. Kami semua telah bersedia untuk membentang pada minggu pertama tetapi disebabkan technical problem, akhirnya hanya sempat untuk 2 kumpulan membuat pembentangan.

Tajuk yang telah dipilih oleh 2 kumpulan ini adalah Pantang Larang & Kasut.

Saya minat untuk mengetahui tentang tajuk pantang larang disebabkan tajuk ini boleh bagi kita tahu apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tidak boleh buat dalam kehidupan seharian kita. Kumpulan pertama ini telah membentang pantang larang bagi tiga kaum utama di M'sia iaitu kaum India, kaum Melayu dan kaum Cina. Saya mempelajari pantang larang bagi kaum Melayu dan India yang sebelum ini saya kurang tahu tentang ini semua. (Thumbs up bagi kumpulan pertama ini) =).

Seterusnya adalah tajuk kasut. Kasut??? Apa mereka nak bentang tentang tajuk kasut?? Jenis kasut?? Jenama kasut?? Rupa-rupanya mereka membentang tentang apa kasut yang sesuai dipakai dan cara untuk memilih kasut yang terbaik. Wow..saya dapat mempelajari cara untuk memilih kasut dari kumpulan ini. Thanks u ;) 
 

Copyright © Jess's Life. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver