Pembentangan yang kami tunggu lama ni akhirnya sampai lah
minggu untuk bentang. Kami semua telah bersedia untuk membentang pada minggu
pertama tetapi disebabkan technical problem, akhirnya hanya sempat untuk 2
kumpulan membuat pembentangan.
Tajuk yang telah dipilih oleh 2 kumpulan ini adalah Pantang
Larang & Kasut.
Saya minat untuk mengetahui tentang tajuk pantang larang disebabkan
tajuk ini boleh bagi kita tahu apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tidak
boleh buat dalam kehidupan seharian kita. Kumpulan pertama ini telah membentang
pantang larang bagi tiga kaum utama di M'sia iaitu kaum India, kaum Melayu dan
kaum Cina. Saya mempelajari pantang larang bagi kaum Melayu dan India yang
sebelum ini saya kurang tahu tentang ini semua. (Thumbs up bagi kumpulan
pertama ini) =).
Seterusnya adalah tajuk kasut. Kasut??? Apa mereka nak
bentang tentang tajuk kasut?? Jenis kasut?? Jenama kasut?? Rupa-rupanya mereka
membentang tentang apa kasut yang sesuai dipakai dan cara untuk memilih kasut
yang terbaik. Wow..saya dapat mempelajari cara untuk memilih kasut dari
kumpulan ini. Thanks u ;)
0 comments:
Post a Comment