Monday, 29 April 2013

✣ Malam Persembahan Orkestra Tradisional Artisukma UKM 2013 ✣


Kelab ini memberi peluang kepada warga UKM untuk mempelajari muzik Tradisional. Melalui kelab ini juga diharap dapat membuka satu lembaran baru dalam aspek pemikiran mahasiswa/i agar dapat menghayati budaya melalui persembahan gabungan unsur-unsur budaya bangsa Malaysia.

Pada hari tersebut, kami pun telah pergi untuk menyokong kawan kami iaitu Ooi Ai Zhen dan Lau Kar Ling. Mereka adalah 2 pemuzik daripada 60++ pemuzik malam itu. 

♫♪♪♫Ada 11 lagu persembahan iaitu:
1) The Brave Lady
2) General’s Order
3) The Fragrant Tea 
4) Baby Elephant Walk
5) Inang Cina
6) Mukala-Mukala
7) The Beautiful of Bambusa
8) Hanya Kau Yang Manpu
9) Castle In The Sky
10) Theme Of Laura
11) Capriccio “ Taiwan” ♫♪♪♫

Saya suka persembahan mereka kerana mereka amat serious dan telah cuba yang terbaik dalam persembahan mereka.  Saya suka lagu “Hanya Kau Yang Mampu”  dan “Theme of Laura” daripada 11 lagu persembahan malam itu. Persembahan sungguh menarik dan berapa markah mereka skor?? Saya akan bagi 99.99% bagi mereka semua yang hebat ni!! 

Akhir sekali, kami tidak lupa untuk mengambil gambar dengan 2 kawan kami.

Mereka amat hebat. Semoga berjaya bagi mereka pada masa depan. 

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Jess's Life. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver